Shuhada Abdul Kadir
Kedua-dua
suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam
9.30 pagi
dengan menaiki dua kenderaan berasingan. - Foto Astro AWANI
AIR KEROH:
Pasangan suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki
berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia petang
semalam di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini direman tujuh
hari bermula hari ini.
Perintah tahanan
reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd
Anuar Ostadi terhadap ibu kandung mangsa berusia 32 tahun dan bapa tiri
berusia 38 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
Terdahulu,
kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam
9.30 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan.
Semalam Astro AWANI melaporkan,
pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa yang anaknya
itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
Siasatan
pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap
mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota
badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan
Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca
kematian.
Untuk rekod, kisah kanak-kanak
itu sebelum ini pernah tular pada Oktober tahun lalu apabila ibu angkat
yang menjaganya sejak bayi terpaksa menyerahkan semula kanak-kanak
malang itu kepada ibu kandungnya.
Kisah
itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook yang
menunjukkan ibu angkat dan keluarganya menangis teresak-esak ketika
mendakap kanak-kanak lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada ibu
kandungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan