Nur Fazlizai Ali
Seramai 48 petugas kesihatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ)
dijangkiti COVID-19 sehingga Jumaat. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU:
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan terdapat
jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan di Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ).
Pengarahnya Dr Nor Azimi Yunus berkata sehingga Jumaat, seramai 48 petugas kesihatan dikesan dijangkiti COVID-19.
Katanya,
kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, manakala kontak
rapat bagi kes berkenaan telah disaring serta diasingkan.
Jelas Dr Nor Azimi, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan.
Katanya, pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.
Selain itu perkhidmatan rawatan rapi (ICU), dewan bedah dan perkhidmatan kecemasan masih berjalan.
Namun
bagi mengurangkan gangguan pada perkhidmatan sedia ada, perkhidmatan
untuk rawatan kes-kes ringan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ
ditutup sementara bermula 29 Januari 2021.
Orang
awam yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan (green zone)
masih boleh mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar HSNZ atau
klinik-klinik kesihatan berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan