Rahimah Abdullah
POIS adalah program saringan di semua kilang, tempat kerja yang berpotensi
mencipta kluster dan perebakan.
SHAH ALAM :
Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program ‘Preventing Outbreak
at Ignition Site’ (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan
kluster di tempat kerja.
Langkah itu diambil selepas mengenalpasti kilang-kilang di seluruh Negeri Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak.
Menteri
Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, POIS adalah program saringan
di semua kilang, tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan
perebakan.
Menurut Amirudin, POIS akan
dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS),
Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).
"Bagi
mengelakkan tercetus kluster-kluster baru di kilang dan tempat kerja,
Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan
untuk mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan
kes positif dalam kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama
untuk aktiviti pengesanan kontak rapat," katanya dalam satu kenyataan
pada Sabtu.
Tindakan berkenaan adalah
antara hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi
Kawalan COVID-19 Negeri Selangor yang dipengerusikannya semalam, antara
lain membincangkan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Selangor.
Selain
itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan untuk menambah pusat Covid
Assessment Center (CAC) terutama di daerah Petaling, Hulu Langat dan
Gombak.
"CAC berperanan untuk menganalisa
pesakit COVID-19 bagi dikelaskan mengikut kategori tertentu sebelum
dibawa ke pusat kuarantin ataupun hospital untuk rawatan lanjut. JKNS
turut memaklumkan bahawa Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah
(PKRC) MAEPS Serdang telah ditambah fasiliti dan mampu menampung
tambahan 6,000 orang pesakit. Fasiliti khas seperti khemah ICU dan
peralatan perubatan turut telah disediakan," tambah Amirudin lagi.
Selain
itu, JKNS akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta
yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama
melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).
"Taklimat
oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menjelaskan bahawa peningkatan
kes ini disumbang oleh beberapa faktor utama. Antaranya ialah kes
kumulatif (backlog cases) dari saringan pekerja kilang, saringan di
penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yang tidak
dilaporkan secara terus ataupun ‘real time’. ‘Backlog’ ini boleh dikesan
dari kes yang berlaku 10 hari yang lalu," ujarnya.
Justeru,
beliau menyeru rakyat untuk bersama-sama berusaha memutuskan rantaian
COVID-19 dengan mengamalkan pematuhan SOP, sentiasa memakai pelitup muka
dan jaga penjarakan fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan