KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan Pakej Bantuan yang merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM), penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan kediaman.
PBM dilaksanakan secara automatik bagi semua pelanggan kediaman bermula daripada bil bulanan sebenar pertama yang diterima selepas TNB menyambung semula operasi pembacaan meter pada 15 Mei ini.
Justeru, pengebilan dilakukan mengikut bil anggaran berdasarkan jumlah bil sebelumnya.
Bil anggaran boleh didapati menerusi saluran digital TNB seperti portal dan aplikasi myTNB serta perbankan Internet sekiranya bil TNB telah di daftar sebagai pembayar.
Operasi pembacaan meter dan penyerahan bil akan kembali dilakukan bermula 15 Mei ini di negeri-negeri zon hijau iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak (kecuali Sri Manjung) dan Kelantan.
Pelanggan akan beransur-ansur menerima bil sebenar yang diselaraskan mengikut bil anggaran lalu bagi mendapatkan penggunaan sebenar mereka.
“Apabila pelanggan menerima bil bulanan sebenar pertama, mereka mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran penuh atau mengikut jumlah PBM. Maklumat pembayaran akan dipaparkan di dalam kotak berwarna kuning pada sudut kanan bahagian atas bil yang diterima,” katanya.
Menurut Amir, pakej itu adalah sebagai tambahan kepada diskaun berperingkat berjumlah 2% hingga 50% yang TNB tawarkan kepada pelanggan bagi penggunaan elektrik dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020 bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Ppenangguhan surcaj lewat bayar adalah sehingga 30 September 2020 manakala penangguhan aktiviti pemotongan bekalan adalah sehingga 31 Julai 2020.
“Semua ini adalah sumbangan TNB yang diharapkan dapat membantu pelanggan menyesuaikan diri kepada norma baru dan memudahkan pengurusan kewangan mereka,” tambah Amir. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan