Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Bimbang masyarakat terbiasa, 'lebih' terbuka kepada zina
1. PIHAK DBKL telah
menerima aduan berkenaan paparan iklan LED yang dikatakan berunsur
lucah. Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan
memaklumkan, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada
pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
2. Aneh juga bagaimana iklan berunsur
maksiat yang tidak mendapat kelulusan itu, boleh dipamerkan secara
terbuka buat tatapan awam. Iklan berunsur maksiat ini boleh menjadi
proses normalisasi terhadap dosa.
Dibimbangi masyarakat akan menjadi biasa
melihat perkara yang secara jelas boleh mendedahkan muslim kepada zina
sehingga mereka merasakan tiada apa-apa dengan kerosakan ini.
3. Rasulullah sangat menjaga sahabat
daripada terdedah dengan pintu maksiat. Dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Rasulullah ﷺ dilihat akan duduk
seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum
wanita supaya beredar dahulu setelah solat.
Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ﷺ
adalah bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki
perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari
merekodkan:
عن أم سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا
سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ وَمَكَثَ يَسِيرًا
قَبْلَ أَنْ يَقُومَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ
مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنْ
انْصَرَفَ مِنْ الْقَوْمِ
Daripada Ummu Salamah, beliau
berkata, Rasulullah ﷺ akan duduk seketika setelah memberikan salam
setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ﷺ memberi
salam. Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ﷺ ini adalah bagi
memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan
(percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai
solat).
4. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda
ﷺ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga
adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita.
Ini juga bagi menutup ruang dosa. Sabda Rasulullah ﷺ:
وعَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ
لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى
مَاتَ”
Daripada Ibn Umar, Rasulullah ﷺ
bersabda: Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan
untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah
mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu
sehinggalh beliau meninggal.
5. Mereka yang berurusan dengan masjid
ini, pada andaian kita barangkali mereka adalah golongan yang mempunyai
keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati
yang baik di masjid ini, Rasulullah tetap bertegas mengasingkan mereka
kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah maksiat dan dosa.
6. Bahkan dalam Quran, Allah secara jelas
menyatakan bahawa, Allah mendidik Muslim supaya mencintai iman dan
membenci dosa. Firman Allah:
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ
الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ
وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ.
“Akan tetapi Allah menjadikan iman
suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
dan menjadikan kekufuran, perbuatan fasiq serta perbuatan derhaka (dosa)
itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus. (al-Hujurat: 7)
7. Justeru, jangan dibuka ruang untuk
pintu maksiat. Biarpun mereka mengatakan iklan tersebut hanyalah iklan
untuk bersosial atau proses match-making, namun implikasi sampingannya adalah kerosakan. Ia tidak lain hanyalah aktiviti mungkar dengan format yang berbeza.
Semoga Allah membimbing kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan