DAP seboleh mungkin mahu jadikan Malaysia negara sekular
BANGI
– Bantahan seni khat dan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4
di semua sekolah, jelas membuktikan pejuang vernakular membenci
identiti negara yang berasaskan bahasa Melayu.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan
Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman
berkata, isu itu tidak akan timbul sekiranya sekolah vernakular
dihapuskan serta-merta dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.
“Namun, perkara ini makin teruk apabila
parti politik seperti DAP dan Gerakan terus bersikap rasis dengan
memperjuangkan agenda vernakular yang terus mewujudkan jurang antara
kaum.
“Sudah tidak dapat disangkal lagi agenda
DAP yang tidak menginginkan negara ini dicorakkan dengan adat dan
identiti Melayu. Lim Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Kepong tanpa
berselindung lagi berkongsi sebuah hantaran Facebook menyamakan tulisan
jawi dan tahi lembu.
“Ini bukanlah kali pertama Ahli Parlimen
DAP mempersendakam tulisan jawi, sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh,
Teresa Kok Suh Sim turut mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di papan
tanda jalan,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhammad Thalhah menegaskan, tulisan jawi adalah lambang ketamadunan Melayu yang perlu dipertahankan.
“Lambang-lambang kemegahan ini jugalah
yang ingin dipadam oleh DAP yang ingin menjadikan negara ini sebagai
sebuah negara sekular.
“Setelah lebih 60 tahun kita merdeka,
kerajaan dibebani dengan ribuan warganegara yang tidak boleh bertutur
dalam bahasa Melayu dengan baik sehinggakan di mahkamah atau pejabat
kerajaan kita terpaksa mengambil jurubahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan