Ahad, 7 April 2019

Selepas didakwa menipu, Gnanaraja bakal didakwa ubah wang haram

G Gnanaraja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Rabu lalu atas 
3 pertuduhan menipu pengarah sebuah syarikat dalam projek 
terowong dasar laut Pulau Pinang.
PUTRAJAYA: Ahli perniagaan G Gnanaraja akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Dalam kenyataannya hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pendakwaan itu dibuat selepas suruhanjaya menerima izin daripada Pejabat Peguam Negara.

Susulan itu, individu berkenaan ditahan pada 11.40 pagi tadi di ibu pejabat SPRM di sini, demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut SPRM, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001

Tiada ulasan: