Khamis, 11 April 2019

PENYATUAN UMMAH TURUT MAANFATKAN KAUM LAIN


Usaha UMNO dan PAS melaksanakan agenda penyatuan ummah bukan sahaja menyatupadukan kaum Melayu, malah turut memberi impak positif kepada kaum lain.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keadaan politik akan menjadi lebih stabil sekiranya kaum Melayu yang meliputi lebih 60 peratus daripada rakyat dapat disatupadukan.

“Bila keadaan politik stabil, banyak pihak akan membuat pelaburan di negara kita, banyak modal diperoleh dan perniagaan dapat dijalankan serta peluang pekerjaan akan bertambah.

“Orang bukan Melayu dan bukan Islam jangan risau, bila penduduk dan kaum terbesar dapat duduk dalam keadaan tenteram, semua orang akan dapat menikmati kesejahteraan negara,” katanya sewaktu berucap dalam Majlis Ramah Mesra di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Sawah, Rantau di Megeri Sembilan pada malam Isnin.

Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan turut berkata usaha tersebut sedang diterjemahkan dengan baik selain turut diterjemahkan dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

“Sekarang ini kita sedang buat penyatuan ummah dengan PAS, kita buat elok-elok. Kita pupuk benih penyatuan yang sedang tumbuh ini biar ia membesar menjadi pohon yang rendang untuk melindungi seluruh rakyat Malaysia, bukan orang Melayu sahaja.

“Ada pihak yang takut sangat dengan penyatuan ummah ini, jadi sama-sama kita terjemahkan perpaduan yang hendak kita capai ini dengan baik dan insya-Allah, PRU-15 tetap mereka akan kena tanam,” katanya.


Tiada ulasan: