PRK RANTAU | Pengurus
kempen PKR di Rantau menafikan dakwaan dia meletakkan sepanduk berbaur
perkauman yang menyasarkan calon partinya sendiri Dr S Streram.
"Saya nafi sekeras-kerasnya. Jangan buat fitnah, buat lah politik sihat," katanya kepada pemberita di Rantau hari ini.
Hantaran di media sosial mendakwa Karunesh ialah individu yang memasang sepanduk menyeru pengundi Rantau untuk tidak mengundi "keling" semalam dan sebaliknya mengundi BN.
Gambar tangkap layar daripada apa yang didakwa oleh kumpulan Pemuda Umno mengatakan Karunesh telah ditangkap atas perkara itu.
Bagaimanapun, polis mengesahkan tiada penangkapan telah dibuat mengenai perkara berkenaan setakat ini.
Karunesh telah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
Polis perlu siasat
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata polis perlu menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tanpa mengira siapa yang berada di belakangnya.
"Kalau sesiapapun salah termasuk dari kempen kita mesti ambil tindakan.
"Seperti mana laporan terhadap RM10 juta Tok Mat hantar ke London, buat siasatan that's fair," kata Anwar.
Beliau merujuk kepada skandal kia-kira sedekad lalu yang mana Mohamad memindahkan RM10 juta ke London melalui pengurup wang pada tahun 2008.
Isu ini dihidupkan semula oleh Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar malam tadi.
Mohamad telah menafikan sebarang salah laku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan