DENYUT REFORMASI
KOTA KINABALU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Lajim Ukin
mengumumkan pembubaran parti itu hari ini untuk membolehkan 64,000
ahlinya menyertai PPBM.
Katanya, sebanyak 36,744 borang permohonan akan diagihkan pada majlis pelancaran PPBM Sabah esok.
“Kami mahu mendaftarkan semua ahli kami, tetapi masa terlalu pendek untuk mendaftarkan mereka semua.
“Bagaimanapun, saya yakin kami dapat mendaftarkan mereka semua sebagai ahli PPBM tidak lama lagi.
”Harapan Rakyat didaftarkan pada 25 Oktober 2016. Ia adalah parti
komponen Gabungan Sabah ketika itu dan bertanding 16 kerusi Parlimen
serta 25 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 lalu,
tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.
Lajim turut gagal mempertahankan kerusinya di Klias, selepas tewas kepada calon Barisan Nasional, Isnin Aliasnih.
Isnin antara 30 pemimpin Umno Sabah yang meninggalkan parti itu akhir tahun lalu dan dijangka menyertai PPBM.
Ditanya hubungannya dengan bekas pemimpin Umno Sabah lain, Lajim
berkata, walaupun mereka pernah berselisih faham, ia adalah perkara
biasa dalam politik.
Katanya, kemasukan PPBM ke Sabah bertujuan menyatukan pemimpin Bumiputera dan ia adalah parti terbaik untuk berdamai.
Mengenai kebimbangan sesetengah pihak yang PPBM akan mengambil alih
tampuk pemerintahan daripada Warisan, Lajim berkata, isu itu tidak
timbul kerana Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad sudah memberi jaminan
parti itu melebarkan sayap ke Sabah untuk memperkukuhkan kerajaan
negeri.
“Kami tiada niat mengambil alih atau menuntut kerajaan menerima kami.
Kami akan sentiasa menyokong kerajaan dan dasarnya yang kami fikir baik
untuk rakyat.
“Bagaimanapun, kami juga akan menyuarakan bantahan kami, jika kami
fikir sesuatu dasar tidak memanfaatkan rakyat supaya mereka boleh
memperbaiki kesilapan.”
Bekas timbalan ketua menteri itu disebut-sebut sebagai calon untuk
mengetuai PPBM Sabah, tetapi bekas ketua Umno Sabah, Hajiji Noor juga
dikatakan akan dilantik ke jawatan itu.
Lajim berkata, beliau tiada masalah bekerjasama dengan mana-mana
bekas pemimpin Umno Sabah kerana beliau pernah menjadi ahli Umno dan
mengenali ramai pemimpinnya.
“Kami akan sokong sesiapa saja yang dipilih PPBM sebagai ketua Sabah kerana keputusan itu terpulang kepada parti itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan