Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengarahkan ketua
polis negara supaya menyiasat kes kumpulan di laman sosial yang didakwa
menghina Yang di-Pertuan Agong.
"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat," kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.
Muhyiddin juga mengecam kumpulan Facebook yang menggelarkan diri Sabah-Sarawak Merdeka kerana mengubah gambar Agong.
"Saya mengecam sekeras kerasnya paparan di Facebook kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sabah-Sarawak Merdeka. Tindakan mereka menggubah gambar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah perbuatan menghina Raja yang melanggar undang-undang negara.
"Ini
adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat
Malaysia serta bercanggah dengan prinsip Rukunegara," tegasnya lagi.
Baca berkaitan: Nombor telefon Umno disalah guna laman 'Sabah-Sarawak Merdeka'
Terdahulu,
Setiausaha Kerja Umno Muhd Sumali Reduan menafikan ibu pejabat Umno
terlibat dengan Facebook berkenaan, berkata parti itu tidak pernah
membenarkan mana-mana pihak mewujudkan laman sedemikian.
Laman tersebut antaranya memuatkan hantaran yang menyokong Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, mendakwa rakyat di dua negeri itu ditindas.
Ia juga mempunyai hantaran dan imej yang menghina Yang di-Pertuan Agung.
Laman Facebook itu mempunyai melebihi 8,000 'like' dan pengikut sejak ia diwujudkan pada 6 Disember 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan