ISMA WEB
Pedang sekadar buat telahan selepas 'merisik khabar'
KELMARIN
Pedang tulis kisah pergolakan politik di Johor, kisah calon-calon MB
Johor di kalangan wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
kisah angkat sumpah MB, dan kisah ‘siapa calon keempat MB’.
Cuma yang
Pedang tak ceritakan ialah bagaimana Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Iskandar pilih MB dulu. Biarlah tak diceritakan.
Biarlah tak diceritakan siapa ‘calon keempat’, masa mula-mula nak lantik
MB dulu.
Hari ini
yang Pedang nak cerita ialah mengenai siapa pula calon-calon MB Johor
bagi menggantikan tempat Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April
lalu.
Pedang buat banyak perkiraan. Cari sedikit maklumat berkaitan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu Johor itu.
Enam Adun Bersatu yang ada dalam senarai awal untuk dipilih (selepas tolak Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Osman) ialah:
Mereka ini jika tidak ada sebab-sebab tertentu, sememangnya layak untuk memimpin.
Namun,
bagi Pedang jika hendak memilih pemimpin, terutama sebagai MB perlu
mengambil kira banyak perkara. Bukan suka-suka lantik untuk kepentingan
satu pihak sahaja, sebaliknya kepentingan rakyat hendaklah diutamakan.
Pada
pendapat Pedang, untuk menjadi MB mestilah seseorang yang banyak
pengalaman – lebih 10 atau 20 tahun dalam pentadbiran swasta atau
kerajaan, selain sudah lama bergelumang dalam politik.
Zaman
sekarang sudah berbeza dengan dahulu. Dalam situasi negara sekarang,
mesti angkat individu berpengalaman. Bukannya ambil individu yang muda
menjadi MB dan memberi masa kepadanya untuk belajar, seperti berlaku di
Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Bukan
Pedang kata orang muda tak layak memimpin. Tapi dalam keadaan Johor yang
menjadi antara negeri pesat membangun, cabarannya adalah amat besar,
dan memerlukan individu berpengalaman dalam pentadbiran swasta dan
kerajaan.
Bukannya
ambil MB untuk cuba-cuba, kononnya nanti dia boleh belajar… ada yang
boleh tolong dia.
Ini akan mengabil masa lama, apa lagi untuk menangani
pelbagai situasi dalam negeri sekarang.
Berbanding
dengan individu yang ada pengalaman lama dalam politik, dan pernah
menjadi AJK bahagian. Pastinya ada perbezaan kerana seperti kata Pedang
tadi, situasi di Johor sekarang berbeza.
Johor
mesti ada MB yang ada agama sikit, mampu menangani situasi sekarang,
terutama menjadi penghubung yang baik antara Kerajaan Pusat dan Istana
Johor, yang sejak akhir-akhir ini dilihat agak renggang dan tegang. Juga
boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Itu
sedikit sebanyak pendapat Pedang untuk memilih MB Johor. Yang penting
bijak menjadi penghubung antara Istana dan Kerajaan Persekutuan.
Jadi,
selepas Pedang congak-congak, merisik khabar, Pedang senarai pendekkan
dua nama sahaja calon – N5 dan N7. Kenapa Puteri Wangsa, Permas, Larkin,
dan Bukit Permai tidak menjadi pilihan Pedang?
Ini khabarnya yang Pedang dapat yang dikatakan sebab mereka ‘hilang’ kelayakan:
N41 ada masalah sikit dengan istana;
N43 bukan anak Johor asal;
N44 tidak berminat; dan
N50 sudah berusia.
N43 bukan anak Johor asal;
N44 tidak berminat; dan
N50 sudah berusia.
Maknanya,
sekarang ini ada dua individu yang dalam perhatian pimpinan Bersatu
iaitu YB Solihan dan YB Dr Sahruddin untuk dicalonkan menjadi MB Johor
ke 17. Tapi, Pedang rasa-rasa orangnya sudah ditetapkan, dan Pedang pun
dah dapat agak.
Dan,
Pedang dapat khabar juga mungkin Ahad atau Isnin ini, Muhyiddin sebagai
Presiden Bersatu akan menghadap Tuanku Sultan Johor sekali lagi untuk
menyembahkan nama calon MB yang baharu, sebagaimana dilakukan selepas
Pakatan Harapan (PH) menguasai pentadbiran kerajaan Johor.
Dalam
minggu depan insya-Allah warga Johor akan mendapat MB baharu yang
berpengalaman luas dan mampu menjana pembangunan, mewujudkan keharmonian
dan kesejahteraan negeri itu, selain menangani isu yang melanda
sekarang.
Kepada
mereka Pedang hanya ingatkan bahawa keikhlasan dalam perjuangan dan niat
jihad mendapat pahala di sisi Allah. Yang menetapkan segala-galanya
adalah Allah Yang Maha Berkuasa. Wallahualam.
Kata
Pedang: Pedang pun dah bergelumang dalam dunia kewartawanan, media dan
persuratkhabaran dah hampir 35 tahun, tentu pengalaman dan cara Pedang
berbeza daripada wartawan baharu dua tiga tahun. Demikian juga nak pilih
orang yang boleh memimpin Johor kenalah yang banyak pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan