DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
RAMAI rakan-rakan
dari kalangan ahli akademik yang menyatakan rasa terkejut mereka bila
membaca kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, bahawa
kementeriannya akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang
membuat pembentangan mengenai isu Statut Rom kepada Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-Raja pada 1 dan 2 April lalu.
Dua persoalan yang timbul dari kenyataan Teo Nie Ching ini adalah:
(1) Apakah menjadi kesalahan
untuk empat ahli akademik ini memberikan pandangan profesional mereka
dalam perkara yang menjadi bidang kepakaran mereka melalui hasil kajian
mereka, termasuk dengan menghasilkan tesis PhD mengenai isu ini?
(2) Apakah menjadi kesalahan
untuk empat ahli akademik ini memberikan pandangan profesional mereka
dalam perkara yang menjadi bidang kepakaran mereka kepada Yang
di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja bila dititahkan berbuat demikian?
Jika tidak menjadi kesalahan, untuk apa kedudukan mereka mahu dibincangkan?
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik,
dalam sidang media khas beliau pada 7 Jun 2018, pernah menegaskan
mengenai kebebasan ahli-ahli akademik dengan berkata:
(1) “Selaras dengan aspirasi
kita untuk memberikan autonomi yang lebih kepada universiti, kita
berharap bahawa universiti-universiti akan meletakkan 'academic freedom'
sebagai keutamaan mereka di samping juga menekankan tentang pentingnya
universiti untuk menjadi medan ilmu yang terbuka, medan intelektual
terbuka, demi mendidik bukan sekadar para siswa dan juga siswazah tetapi
juga untuk mendidik masyarakat dan yang lebih penting ialah di
universiti sekalian kita mengharapkan para cendekiawan tidak dikekang
dan tidak ditakuti dengan 'culture of fear dan siege mentality'.”
(2) “So in this new era we will
make sure that Kerajaan PH will never misuse universities for their
political interests. I will make sure that me myself I will not abuse
universities for my political interests, for my party’s political
interests and for the ruling parties’ political interests. We will not
control them, we will not dictate them, and we will not force them. And
we really want all universities to enjoy their autonomy and to cultivate
the academic freedom and the culture of freedom in their territory.”
Apakah Timbalan Menteri Pendidikan tidak sedar apa yang diperkatakan oleh Menteri Pendidikan?
Dan kenapakah Timbalan Menteri Pendidikan selalu kelihatan lebih laju dari Menteri Pendidikan? - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan