PAS pernah diugut oleh
DAP sewaktu Barisan Alternatif supaya jangan kemuka dokumen Negara
Islam. PAS bukan parti yang tidak ada prinsip untuk tunduk kepada
kehendak DAP. DAP tidak berjaya cucuk hidung PAS. PAS bertegas, akhirnya
DAP cabut lari daripada BA pada tahun 22 September 2001.
Mursyidul Am sewaktu itu almarhum Tuan
Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS ialah almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Itu pun pengampu DAP, mengatakan jikalau PAS dipimpin oleh dua almarhum
ini, DAP tidak akan keluar daripada Pakatan Harapan. Inilah pembohong
internasional yang buta sejarah.
Sekarang kerajaan PH yang dipimpin oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad diugut. Jika tidak ikut aspirasi DAP, mereka
akan keluar. Apabila DAP bercakap tentang integriti dan good governance.
Rakyat pun sudah naik muak dan jelik. Rakyat sudah lihat tujuh bulan
memerintah sikap dan kelaku mereka seperti kaduk naik junjung.
Rakyat ingat, hebat sangat menteri dalam
kalangan DAP untuk memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan
kelapa sawit. Sikap menteri kewangan Lim Guan Eng yang tidak profesional
berhubung isu royalti di Kelantan.
Persoalannya adakah DAP berani keluar
daripada kerajaan? Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan
senang dapat akses maklumat kerajaan. Apa yang lebih penting makin
banyak peluang ekonomi. Bukan senang taiko-taiko besar boleh bersama
DAP. Semuanya hasil bersama di dalam kerajaan.
Sekarang rakyat semakin kenal. PAS sudah
lama kenal. PAS pernah berkawan dengan DAP. PAS berpisah kerana prinsip
dan berkawan kerana prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk
kepada kehendak DAP, sorry lah ya.
USTAZ IDRIS AHMAD, Naib Presiden PAS
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan