Rupa-rupanya gambar tangkaplayar itu sampai ke pengetahuan penceramah terkenal negara, Ustaz Firdaus Wong yang sering diserang sebagai pengikut wahabi (oleh yang anti dirinya dan Zakir Naik) dan sebagai penceramah LIBERAL kerana kempen MUSLIMS LOVE JESUS (oleh sesetengah muslim yang tidak memahami konsep dakwah universal).
Ustaz Firdaus memberikan teguran kepada sesetengah pihak yang terlalu suka menghentam umat Islam secara pukul rata dan agenda media yang seringkali berperanan memberikan tanggapan buruk terhadap agama Islam.
Semasa berita seorang transgender dibunuh di Klang, ada individu yang terus menyalahkan Islam dan Muslim walaupun di saat itu, identiti 4 individu yang ditahan itu belum didedahkan.
Kini identiti dan bangsa suspek telah didedahkan. Kesemua mereka bukannya Muslim dan beragama Islam. Apakah agama & bangsa suspek akan dipersalahkan sekarang?
Ramai manusia yang rela menjadi lembu yang dicucuk hidungnya ditarik ke sana ke sini oleh media liberal yang sering mengaitkan Islam & Muslim dalam perspektif yang negatif. Ramai manusia yang rela diperbodohkan.
Agama dan bangsa seseorang tiada kaitan dengan jenayah yang dilakukan! - SozCYili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan