KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa dasar-dasar baharu
kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum
Ke-14 dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan hanya melindungi
golongan kaya dan penghuni bandar sahaja.
Katanya, keadaan itu dikhuatiri menyebabkan jurang pendapatan
Malaysia mungkin bertambah besar, sekali gus mewujudkan keadaan
ketidaksamaan lebih teruk di negara ini berbanding tempoh 10 tahun lalu
yang mana mana jurang itu semakin mengecil.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ia berbeza dengan dasar kerajaan
Barisan Nasional sepanjang 10 tahun lalu yang berjaya mengurangkan
jurang pendapatan ini.
Menurutnya, Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah bagi rakyat
Malaysia telah meningkat 105 peratus daripada RM2,552 pada akhir tahun
2007 kepada RM5,228 pada akhir tahun 2016. Najib Razak
Manakala kadar peningkatan untuk kaum Melayu pada tempoh yang sama
ialah 118 peratus, bermakna pendapatan bagi kaum Melayu telah mengalami
pertumbuhan lebih cepat dari kadar 105 peratus untuk semua rakyat
Malaysia.
Jika pada tahun 2007 pendapatan kaum Melayu hanya 87.3 peratus
daripada pendapatan bulanan purata untuk rakyat Malaysia, ini telah
meningkat kepada 92.7 peratus pada tahun 2016.
Ini menunjukkan jurang pendapatan antara kaum Melayu dengan kaum-kaum lain telah bertambah rapat.
Katanya, data-data daripada Jabatan Statistik menunjukkan pendapatan
penduduk luar bandar tidak mengikut kaum pula telah bertambah 103
peratus iaitu lebih tinggi dari kadar peningkatan 86 peratus untuk
penduduk bandar.
Data-data tersebut menunjukkan jurang atau perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar sudah berkurangan.
“Data rasmi dari Jabatan Statistik ini membuktikan jurang pendapatan
antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar boleh dikurangkan
dengan dasar negara yang betul.
“Jika dasar kerajaan kita betul, semua kaum terus berusaha dan terus
tidak malas, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang maju,
berpendaptan tinggi dan saksama.
“Saya bimbang jurang pendapatan Malaysia mungkin bertambah besar
selepas ini dan mewujudkan keadaan ketidaksamaan lebih teruk di negara
ini, berbanding tempoh 10 tahun lalu di mana jurang itu semakin
mengecil,” ujarnya di sini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan