Jumaat, 28 Disember 2018

'Amanat Kit Siang' punca kebiadaban di London?


INILAH sebab sebenar penyokong DAP di London menyerang Presiden PAS.

"You know the probem with you? Because you follow the Quran, which is sixth century book.."

Inilah punca sebenar mereka tidak bersetuju dengan PAS. Kerana PAS mengikut al-Quran, yang pada dakwaan mereka merupakan "buku abad ke-6".

Adakah ini kesan Amanat Kit Siang? Adakah benar Lim Kit Siang seorang anti-Islam? Saya cuma timbulkan persoalan dan pembaca boleh membuat keputusan sendiri.

Apa yang jelas, pada 28 Januari 2017, Lim Kit Siang pernah berjanji untuk menyaman Presiden PAS yang didakwanya menuduhnya sebagai anti-Islam. Sehingga sekarang, di manakah saman tersebut?

Tan Sri Annuar Musa pernah mendakwa Lim Kit Siang terang-terangan sebagai rasis dan anti-Islam, dan mencabarnya secara terbuka untuk menyamannya, sehingga sekarang kita tidak tahu apa tindakan Lim Kit Siang.

Semasa PAS difitnah Sarawak Report, PAS dicabar untuk menyaman agensi tersebut untuk membuktikan tuduhan itu sebagai fitnah dan PAS bertindak mengemukakan saman sekalipun berdepan dengan pelbagai kekangan.

Apakah apabila Lim Kit Siang berdiam diri atas tuduhan dia anti-Islam membuktikan dia benar-benar anti-Islam? Saya tidak tahu.

*  AHMAD FADHLI SHAARI, Ahli Parlimen Pasir Mas 


Tiada ulasan: