Selasa, 25 Disember 2018

Perhimpunan Agung Bersatu: Perbahasan tertutup - Marzuki

   

WAWANCARA | Ketika tahun 2018 bakal menutup tirainya, Bersatu akan mengadakan mesyuarat tahunan yang kedua selepas penubuhannya. Kali ini perwakilan akan hadir sebagai parti pemerintah.

Sesi perbahasan Perhimpunan Agung Bersatu, sebagaimana sidang pada tahun lalu akan berlangsung secara tertutup daripada liputan pihak media, maklum Setiausaha Agung Bersatu.

"Yalah, sebab kadang-kadang banyak sensitif. Sebab itu saya kata, kita ini baru, kita tak nak mereka tersasar. Jadi kadang-kadang pembahas ini, emosi dia bila berada di pentas itu lain.

"Jadi kita tak nak menyentuh mana-mana pihak kerana kita tidak menjadikan parti kita ini sebagai satu parti yang mana memperjuangkan satu kaum, tetapi kita menidakkan hak kaum lain.

"Kita tak nak sebegitu berlaku. Maka bagi kita, kita memperjuangkan walaupun agenda kita adalah Melayu, tetapi kita tidak menidakkan mana-mana pihak, terutamanya kaum-kaum lain kerana ini adalah Malaysia," jelasnya


Parti komponen PH, Amanah baru saja selesai mengadakan mesyuarat agung tahunannya minggu lalu. Bersatu akan menjadi parti komponen PH yang terakhir bersidang sebelum Malaysia melangkah ke tahun baru.

Persidangan Agung Bersatu akan berlangsung selama tiga hari, bermula pada 28 Disember hingga 30 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Marzuki berkata peluang perhimpunan tahunan itu akan digunakan kepimpinan parti bagi mendengar suara akar umbi.

Menurutnya lagi, sebelum ini ketika Bersatu menjadi pembangkang, parti itu lantang menyuarakan kebenaran, maka menjadi harapannya kepimpinan terbuka mendengar hasrat perwakilan.

"Sebenarnya kita menjadi pembangkang sebelum ini dan kita menyuarakan segala-galanya pada waktu itu untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Kalau kita jadi kerajaan, kita juga bersifat takut untuk membiarkan atau takut mendengar keluhan daripada akar umbi, maka kita juga akan tersasar apabila kita menjadi kerajaan.

"Saya rasa kita tidak akan ada sifat sebegitu dan kita berfikiran terbuka dan hati kita terbuka dan kita menerima apa juga keluhan dan pandangan mereka demi untuk kebaikan mereka bukan hanya sekadar parti tetapi yang penting utama bagi kita adalah negara Malaysia.

"I think takkan kalau dulu, sebelum ini kita tahu bila bercakap soal 1MDB kebanyakan diambil tindakan, termasuklah saya sendiri dan termasuklah Muhyiddin (Yassin) sebelum ini, Mukhriz (Mahathir). Semua ini adalah bercakap kepada kebenaran,” katanya lagi.

Berikut soal-jawab wartawan bersama Marzuki:


Bagaimana hala tuju, dasar yang akan dibawa ke persidangan kali ini?

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa pertama sekali agenda kita adalah untuk nak memperbaiki negara kita yang telah rosak akibat pemerintahan yang sebelum ini. Jadi sudah pastilah akan banyak perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh jurucakap-jurucakap daripada setiap negeri.

Di mana kita sedia maklum bahawa tentang soal kedudukan Pakatan Harapan ini masih baru, kerajaan baru. Jadi masih banyak kekeliruan tentang soal perjalanan, pentadbiran daripada pemimpin-pemimpin parti kita di peringkat akar umbi.

Mungkin dengan persidangan kali ini, banyak perkara yang kita boleh mendapat feedback daripada mereka dan kita akan gunakan itu sebagai salah satu daripada agenda perjuangan kita kerana inilah titik permulaannya dan penting bagi kita perhimpunan agung tahunan kali ini dan membuat lakaran tentang soal perjalanan parti kita.


Bagaimana halatuju agenda bumiputera dan Islam dalam Bersatu?

Kalau kita nak sebut tentang soal agenda Melayu, agenda Bumiputera memang tidak boleh lari daripada Islam kerana kebanyakan orang Melayu itu adalah orang Islam. Jadi, ini kita kena spesifikkan kerana politik ini bukan hanya saja kita harus lihat dari segi tentang soal sosial yang perlu kita beri keutamaan, tentang soal ekonomi, tentang soal pendidikan, ini perkara-perkara pokok yang harus kita bagi penekanan.

Terutama tentang soal ekonomi yang mana hal ini kita melihat bahawa kedudukan Bumiputera terutama orang-orang Melayu masih lagi agak keterbelakang dan juga dengan soal pendidikan, maka dua ini akan menjadi satu pokok asas macam mana kita nak mencari formula baru untuk kita nak membangunkan bangsa Melayu ataupun bumiputera itu sendiri. Dan dalam masa yang sama, untuk menjadikan negara kita ini sebagai sebuah negara Islam dan negara yang berdaulat.

Ini adalah untuk perhimpunan agung kali ini kerana ini adalah perhimpunan agung yang pertama setelah kita menjadi kerajaan dan setiap pembahas-pembahas kita akan menjurus ke arah agenda pembangunan terutama kepada kaum Bumiputera dan Melayu khususnya.


Adakah anda menjangkakan ketidakpuasan hati masyarakat Melayu akan disuarakan ketika mesyuarat agung tahunan nanti? Adakah ia soal pokok pada perhimpunan itu nanti?

Ya, kalau kita nak lihat dari segi agenda parti kita adalah Bumiputera dan kemungkinan besar agenda itulah yang akan dibawa dalam perbahasan kita pada Perhimpunan Agung Bersatu kali ini.

Iaitu, bercakap soal orang Melayu, kebanyakannya agenda pembangunan orang Melayu terutama bumiputera dan Islam.

Adakah para perwakilan akan diberi taklimat apa yang hendak dicakapkan?

Idealnya kita hanya membimbing mereka, kita tidak akan memberi penjelasan mengenai apa yang hendak dikatakan. Kami akan membimbing mereka dari segi pointer, tentang perkara yang mereka mahu utarakan. Kami tidak boleh membiarkan mereka untuk mengatakan apa sahaja yang mereka suka kerana kami tidak mahu membuang masa.

Masa kami sangat terhad, kami hanya mempunyai 7 minit. Kami mahu mereka benar-benar keluar dengan pokok perbincangan yang baik ketika perbahasan.

Khusus pada pembangunan?

Yes, pembangunan bumiputera, itu hasrat kami.


Apa nasihat anda apabila kamu bersakap soal bumiputera, agama, dasar ekonomi, hal-hal berkaitan Melayu. Ia akan menjadi beremosi, Bersatu mengakui terdapat ketidakpuasan hati sebegini di kalangan orang Melau. Bagaimana kamu mahu mengawalnya, apa nasihat kamu pada perwakilan tentang mengawal emosi supaya kenyataannya tidak menjejaskan kamu?

We can't control the emotions because kita cuma boleh bagi pointer kepada mereka tetapi bila mereka berada di atas pentas itu, sukar bagi kita untuk mengawal emosi apabila nak berbahas.

Jadi saya rasa yang penting bagi kita itu mereka tidak tersasarlah. Saya harap pembahas-pembahas kita ini yang terpilih oleh setiap wakil negeri itu mempunyai latar belakang yang baik dan tahu untuk berbicara pada perbahasan nanti.

Apa nasihat kamu kepada kepimpinan Bersatu ketika mesyuarat agung tahunan nanti?

Sebenarnya kita menjadi pembangkang sebelum ini dan kita menyuarakan segala-galanya pada waktu itu untuk kepentingan rakyat dan negara.

Kalau kita jadi kerajaan, kita juga bersifat takut untuk membiarkan atau taku mendengar keluhan daripada akar umbi, maka kita juga akan tersasar apabila kita menjadi kerajaan.

Saya rasa kita tidak akan ada sifat sebegitu dan kita berfikiran terbuka dan hati kita terbuka dan kita menerima apa juga keluhan dan pandangan mereka demi untuk kebaikan mereka bukan hanya sekadar parti tetapi yang penting utama bagi kita adalah negara Malaysia.

Saya fikir takkan kalau dulu, sebelum ini kita tahu bila bercakap soal 1MDB kebanyakan diambil tindakan, termasuklah saya sendiri dan termasuklah Muhyiddin (Yassin) sebelum ini, Mukhriz (Mahathir). Semua ini adalah bercakap kepada kebenaran.

Jadi kita tak nak perkara ini berulang lagi berlaku dalam perjuangan kita ini kerana benda yang benar, kita harus bercakap benda yang benar. Parti kena membuat satu keputusan terutama pucuk pimpinan supaya tidak menyekat mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran.


Tahun lepas, Perhimpunan Agung Bersatu memang tutup semasa perbahasan. Sampai tahun, mengapa masih belum dibuka kepada liputan media?

Yalah, sebab kadang-kadang banyak sensitif. Sebab itu saya kata, kita ini baru, kita tak nak mereka tersasar. Jadi kadang-kadang pembahas ini, emosi dia bila berada di pentas itu lain. Jadi kita tak nak menyentuh mana-mana pihak kerana kita tidak menjadikan parti kita ini sebagai satu parti yang mana memperjuangkan satu kaum, tetapi kita menidakkan hak kaum lain.

Kita tak nak sebegitu berlaku. Maka bagi kita, kita memperjuangkan walaupun agenda kita adalah Melayu, tetapi kita tidak menidakkan mana-mana pihak, terutamanya kaum-kaum lain kerana ini adalah Malaysia.

Menubuhkan satu bangsa ini dia memerlukan gabungan parti-parti politik. Sebab itu sejarah Malaysia pun bermula dengan Perikatan, bukanlah satu-satu parti politik yang ditunjangi oleh orang Melayu.

Orang Cina pada waktu itu pun juga menjadi sebahagian daripada parti politik dalam Perikatan. So we need to have all the races to be in one, untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik.

Sebab itu kita tidak mahu kali ini, berlaku sebelum-sebelum ini yang lantang bercakap tentang sesuatu bangsa tetapi pada akhirnya kita lupa bahawa yang penting bagi kita adalah negara Malaysia.

Ada kalanya kita bercakap soal parti, dulu ini, contohnya bila kita beranggap bahawa parti itu adalah kerajaan, jadi kita boleh buat apa saja. Salah.

Parti adalah parti, kerajaan adalah kerajaan. That is two different organisation yang mana kita tak boleh jadikan dia satu tetapi dengan input yang kita dapat daripada pembahas-pembahas setiap negeri, ini yang akan menjadikan wadah perjuangan kita itu untuk kita bawa demi memastikan kaum itu terbela.

Tiada ulasan: