Ibrahim Sani, Astro Awani
SEGALANYA bermula di Terengganu.
1MDB ditubuhkan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada tahun 2008.
Ia merupakan sabuah badan pelaburan negeri itu.
Ia merupakan sabuah badan pelaburan negeri itu.
Pada tahun 2009, ia diambil alih oleh kerajaan pusat dan telah diubah nama menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sejajar dengan penjenamaan ‘1Malaysia’ yang diasas oleh perdana menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut kertas pendakwaan kerajaan terhadap Datuk Seri Najib, penglibatan Jho Low dalam 1MDB telah bermula dari waktu ini.
Namun demikian, perkara ini disembunyikan oleh kesemua pihak yang terlibat, termasuk pihak pengurusan 1MDB ketika itu, dan pihak pentadbiran dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.
Suntikan RM11 bilion
Namun demikian, perkara ini disembunyikan oleh kesemua pihak yang terlibat, termasuk pihak pengurusan 1MDB ketika itu, dan pihak pentadbiran dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.
Suntikan RM11 bilion
Pada
bulan Januari 2009, sebanyak RM11 bilion telah disuntik ke dalam dana
1MDB. RM5 bilion merupakan bon TIA yang telah dijamin oleh kerajaan
pusat. Manakala RM6 bilion lagi telah disuntik oleh Petronas.
Bon
sebanyak RM5 bilion, dengan kadar kupon 5.75 peratus telah dikeluarkan
oleh 1MDB. Menurut Laporan Tahunan 1MDB 2010, 1MDB hanya mendapat 88 sen
dari setiap ringgit yang dijanakan, menjadikan kadar kupon efektif
meningkat sebanyak 6.71 peratus.
Menurut wartawan Wall Street
Journal, Tom Wright “ini adalah pinjaman yang termahal untuk mana-mana
dana pelaburan negara, dan tidak sepatutnya menjadi pinjaman mahal
seperti ini kerana pinjaman ini dijamin oleh kerajaan. Apa-apa pinjaman
yang dijamin oleh kerajaan lazimnya mempunyai kadar faedah yang rendah”.
1MDB dan PetroSaudi jalinkan hubungan
1MDB dan PetroSaudi jalinkan hubungan
1MDB
dan PetroSaudi International Limited menjalinkan hubungan perniagaan
pada bulan September 2009. Selama sembilan tahun, butiran terperinci
mengenai pembentukan Joint-Venture (JV) ini dirahsiakan. Pada lewat
tahun 2018, kerajaan pusat menunjukkan dokumen bahawa sebanyak US$1
bilion (RM4.2 bil) disuntik oleh 1MDB ke dalam JV ini. Namun begitu,
sebanyak US$700 juta (RM2.9 bilion) adalah hutang berbentuk pinjaman
dari syarikat berkaitan dengan PetroSaudi Holdings (Caymans) Limited.
Ini bermakna, hanya tinggal US$300 juta (RM1.2 bilion dari RM4.2 bilion)
yang boleh digunapakai untuk kegunaan pelaburan.
Pelaburan Lapangan Terbang Sungai Besi
Pada
bulan Mei 2010, 1MDB mengambil alih tanggungjawab untuk membina semula
lapangan terbang Sungai Besi. Ia diberi penjenamaan semula, dengan nama
projek ini diubah menjadi ‘Bandar Malaysia’.
Lokasi
ini sebesar 162 hektar, dan pada awalnya ia diberi visi untuk menjadi
sebuah pusat perniagaan perbankan Islam dan juga pada awalnya akan ada
penglibatan Qatar Investment Authority (QIA).
Namun, setelah lebih tujuh
tahun beroperasi, keadaan pembangunan di Bandar Malaysia belum mencapai
visi yang ditetapkan pada awalnya.
Penambahan sebanyak RM6.69 bilion pinjaman
Lebih
85 peratus wang yang telah dipinjam 1MDB didapati hanya dipanjangkan ke
PetroSaudi untuk kadar panjang. Sebanyak RM4.14 bilion dipanjangkan ke
PetroSaudi untuk kadar 11 tahun dan sebanyak RM1.57 bilion dipanjangkan
ke PetroSaudi selama lima tahun.
Menurut
penulis buku 1MDB: The Greatest Scandal that brought down a government,
P. Gunasegaram “ini bermakna, setiap RM1 yang dipinjam oleh 1MDB, 85
sen telah pergi ke PetroSaudi”.
Bon Goldman Sachs Fasa 1
Pada
bulan Mei 2012, sebuah bon yang diaturcakan oleh bank pelaburan Wall
Street – Goldman Sachs telah terhasil. Satu bon 10-tahun hutang yang
harganya hampir 6 peratus untuk keuntungan sebanyak 425 basis point
diatur. Petronas sebagai contoh berdangang pada kadar 185 basis points
atas harga 10-tahun US Treasury bonds.
Laporan menunjukkan pinjaman ini dijamin oleh International Petroleum Company (IPIC), sebuah badan milik kerajaan Abu Dhabi.
Tun Razak Exchange
Susulan
pengaturcaraan bon ini, 1MDB telah menandatangani satu perjanjian
bersama Abu Dhabi Mubadala Development Company untuk membentuk satu
pusat kewangan bertaraf antarabangsa, dan diberi nama ‘Tun Razak
Exchange’ atau TRX, sempana nama bapa perdana menteri ketika itu, Datuk
Seri Najib Tun Razak. Nama awal TRX adalah Kuala Lumpur International
Financial District.
Sebuah
bon sebanyak US$3 bilion (RM12.6 bilion) telah diaturcarakan, sekali
lagi oleh Goldman Sachs. Tiada rekod rasmi tentang butiran bon ini
diumumkan. Ini bermakna, tiada perincian boleh dilakukan pada ketika
itu.
Laporan The Edge
Laporan The Edge
Pada
awal tahun 2015, akhbar kewangan Malaysia, The Edge, mula melapokan
pembabitan Jho Low dalam 1MDB. Perkara ini juga disahkan oleh pemilik
akhbar itu, Dato’ Tong pada tahun 2018 melalui sebuah rencana yang
ditulis beliau, di mana beliau telah berjumpa dengan Datuk Seri Najib
untuk menerangkan kepada beliau bagaimana Jho Low telah ‘mencuri’ wang
1MDB selama ini.
Setelah
laporan kewangan ini dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri telah
mendakwa The Edge Media Group sengaja menyebabkan kekeliruan kepada
masyarakat dan menyebabkan masyarakat tidak percaya kepada institusi
kewangan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan