KUANTAN - Sebagai langkah membela kebajikan guru Kelas Al-Quran dan
Fardu Ain (Kafa), kira-kira 5,000 guru tersebut bakal diserapkan ke
jawatan tetap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada bulan Mac tahun depan bagi memantau isu itu.
Menurutnya, setakat ini, pasukan tersebut sedang mengumpulkan sijil guru-guru Kafa dan kini dalam proses mengemas kini latar pendidikan mereka yang dapat memudahkan pihaknya melakukan pemilihan jawatan tetap.
"Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, memang tidak disebut berkenaan dengan jumlah guru Kafa sebenarnya yang bakal diserapkan ke jawatan tetap... kita jangkakan jumlah akan diserapkan bagi siri pertama ialah 5,000 orang tetapi masih di peringkat pemilihan.
"Saya percaya proses ini akan selesai sebaik kajian itu disiapkan oleh pasukan 'task force' pada suku pertama tahun depan dan selepas ini akan ada guru Kafa diserapkan ke jawatan tetap," katanya dalam sidang media ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kayuhan Prihatin Wakaf 2018 di Dewan Orang Ramai Kampung Cherok Paloh, di sini, semalam.
Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Prof Datuk Dr Sudin Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS), Prof Datuk Dr Mohd Zubir Sheikh Saad.
Menteri Kewangan, Lim Guang Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 Jumaat lalu mengumumkan lantikan tetap akan ditawarkan kepada 3,000 daripada kira-kira 32,000 guru Kafa yang sedang berkhidmat di seluruh negara ketika ini.
Fuziah sebelum ini dilaporkan berkata, kebanyakan guru Kafa yang akan diserapkan ke jawatan tetap adalah mereka yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang berkaitan.
Tambahnya, bagi guru Kafa yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diberi masa dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan mereka dilantik secara tetap ke jawatan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan