KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kerajaan Pakatan
Harapan (PH) gagal mempertahankan harga minyak sawit hingga menyebabkan
harga komoditi itu terus jatuh setiap bulan.
Harga minyak sawit untuk bulan Disember hanya RM1,775 satu tan – hampir 50 peratus lebih rendah berbanding harga akhir tahun 2016.
Timbalan Presiden UMNO itu mempersoalkan apa yang kerajaan lakukan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit.
“Jika kerajaan PH masih tegas untuk mengurangkan dan memansuhkan bantuan kepada pekebun, petani dan BR1M kepada semua rakyat untuk tahun depan, mengapa mereka tidak mahu memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak sawit,” soalnya.
Mohamad mengingatkan pada bulan Oktober 2016 di dalam Bajet 2017, kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa mengehadkan subsidi minyak masak kepada pek 1 kilogram berharga RM2.50 sahaja kerana harga minyak sawit naik dan di sekitar RM3,000 satu tan.
Langkah itu diambil bagi membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang merugikan negara. Oleh itu, harga minyak masak pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.
Dengan penjimatan ini, kerajaan BN masa itu dapat meningkatkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk BR1M.
Katanya, langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan PH mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini.
Tetapi hari ini, keadaan sudah berubah, ujarnya.
“Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah mula berbincang dengan pengusaha dan kilang minyak masak dalam memastikan mereka akan menurunkan harga jualan minyak masak mereka?,” tanya beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan