KUALA LUMPUR – Kejayaan hampir 400 mahasiswa dari seluruh negara
‘menawan’ Menara Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini
merupakan mesej jelas agar pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan meletakkan
jawatan.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Muhammad Faizzuddin Mohd. Zai berkata, Wan Saiful perlu berbuat demikian setelah gagal menunaikan janji Pakatan Harapan yang terkandung dalam manifesto PRU-14.
“Hampir 400 mahasiswa dari seluruh negara datang dari Terengganu, Kuantan, Perak dan sebagainya hari ini kita berhimpun berjalan dari Masjid Jamek ke Menara PTPTN untuk memberi mesej yang jelas kepada Wan Saiful Wan Jan.
“Semua mahasiswa bersepakat untuk dia letak jawatan kerana dia berkeras untuk tidak melaksanakan janji yang diletakkan dalam manifesto.
“Alasan diberikan sangat tidak munasabah,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Menara PTPTN, di Jalan Yap Kwan Seng hari ini.
Pada Rabu lepas, GAMIS bersama kira-kira 15 mahasiswa berarak kira-kira lapan kilometer dai Universiti Malaya ke bangunan Parlimen bagi membantah keputusan baharu kerajaan berkaitan bayaran balik PTPTN.
Dalam perarakan itu, ada di antara mereka mengenakan jubah dan topi segi empat siswazah ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan dan mahu menemui Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Mereka membantah tindakan kerajaan yang memperkenalkan bayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan lebih RM1,000.
Muhammad Faizzuddin berkata, Wan Saiful perlu membuktikan sejauh mana beliau benar-benar mahu membantu PTPTN dengan memotong gaji bulanannya.
“Kita tahu PTPTN ada akaun lain dan kita tahu juga gaji menteri sangat banyak berbanding gaji rakyat biasa atau orang awam.
“Kalau tak cukup potong gaji menteri dan jangan potong gaji mahasiswa kerana menteri hidup dengan selesa.
“Kita nak tahu juga janji Wan Saiful, berapa peratus dia potong gajinya untuk bantu PTPTN sebenarnya,” katanya.
Katanya lagi, jika Wan Saiful menerima jawatan Pengerusi PTPTN semata-mata mahu mengumpul kekayaan peribadi, GAMIS tidak teragak-agak memastikan PH ditolak rakyat pada pilihan raya akan datang.
“Kalau dia naik jawatan untuk meraih kemewahan, kita tolak habis-habisan, kata nak bantu anak muda Malaysia, kita nak tahu berapa peratus dia potong gaji dia untuk bantu PTPTN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan