FMT Reporters
PETALING
JAYA: Kenyataan berbalas di antara ahli majlis tertinggi Umno Datuk
Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hangat
diperkatakan selepas bekas calon presiden itu secara terbuka mengatakan
dia ingin memecat Lokman.
Khairy menyarankan Lokman berdoa dia tidak memenangi jawatan presiden pada pemilihan akan datang.
“Lebih baik kamu doakan saya tidak menjadi presiden Umno. Benda
pertama saya akan buat adalah memecat kamu kerana mempunyai IQ lobak
merah,” katanya di Twitter hari ini.
Beliau menjawab kata-kata Lokman sebelum itu mengatakan Barisan
Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu kerana Umno
memiliki seorang ketua pemuda yang bodoh dan tidak tahu mengkaji skandal
1MDB, merujuk kepada Khairy.
Khairy sebelum itu mengulas kenyataan bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak dengan berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu
kerana skandal 1MDB.
Beliau berkata demikian selepas Najib berkata kekalahan BN berpunca
daripada janji-janji palsu Pakatan Harapan dalam kempen pilihan rayanya.
Lokman membalas respon Khairy dengan berkata dia akan gagal dalam misi menjadi presiden parti.
“Dengan sikap saling menuding jari, jangan pernah bermimpi untuk menjadi Presiden Umno,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan