KUALA LUMPUR: Sejumlah 586 pusat pengundian awal di seluruh negara
dibuka pada 8 pagi ini bagi membolehkan 278,590 anggota keselamatan
termasuk pasangan melaksanakan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA)
serta pasangan mereka.
Antara tempat mengundi ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.
Pusat mengundi akan ditutup secara secara berperingkat antara 5 petang
dan 7 malam, malah ada beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal iaitu
antara 1 tengah hari dan 3 petang.
Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang dikendalikan oleh 6,376 petugas pilihan raya.
Proses itu akan disaksikan oleh wakil-wakil calon.
Kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi hari ini
sebaliknya disimpan di tempat selamat iaitu di lokap balai polis. Kertas
undi hanya akan dikira pada hari pengundian 9 Mei, bermula 4 petang.
Terdapat 14,940,624 pengundi bagi PRU14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan