Khamis, 3 Mei 2018

Tiga individu didakwa tipu projek pelaburan lebuhraya tidak wujud

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang kontraktor berhubung pelaburan projek Lebuhraya Pantai Timur Selatan yang tidak wujud, dua tahun lalu.
 
Pengurus Projek, Mohd. Nasir Abu Hassan, dan isterinya, pengarah syarikat pembinaan, Nazhatul Syahira Sanusi, 26, serta arkitek, Wan Anizam Wan Ishak, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di-bacakan kepada mereka.
 
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu S.R. Letchuman, 47, dengan memperdayakan mangsa untuk melabur dalam projek Lebuhraya Pantai Timur Selatan yang telah diberikan kepada mereka walhal projek itu tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM1,06 juta.
 
Memetik Utusan Online, perbuatan itu didakwa dilakukan di Wisma Thiviya Builders Sdn. Bhd., Jalan SP 2/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat sini pada September 2016.
 
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang pen-jamin.
 
Hakim Datin Fazlin Suraya Mohd. Suah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang pen-jamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.
 
Mahkamah menetapkan 6 Jun ini, sebutan semula kes dan serahan dokumen.
 
Peguam M. Manoharan dan Lily Chua mewakili Mohd. Nasir dan Nazhatul Syahira.
 
Manakala, peguam Datuk Suraj Singh mewakili Wan Anizam.
 
 

Tiada ulasan: