RASAH: Pengundi Saluran
2 di Sekolah Wawasan SJKT Convent, Seremban 2 hari ini melahirkan rasa
tidak puas hati apabila terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk proses
mengundi.
Harakah meninjau pusat mengundi di
sekitar parlimen Rasah di mana Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri
Sembilan Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa bertanding.
Apabila tiba di pusat mengundi tersebut, Harakah mendapati pengundi warga emas beratur panjang.
Ketika mengambil gambar, pengundi-pengundi mengadu bahawa proses mengundi begitu lembap.
"Makcik beratur sejak pukul 12.00 tengah
hari, sekarang dah pukul 3.00 petang, tapi masih belum mengundi lagi,"
kata seorang wanita warga emas berbangsa Melayu.
Selain wanita tersebut, ramai lagi pengundi mengeluh di atas kelewatan proses mengundi. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan