Datuk
Siti Nurhaliza bersama model yang memperagakan koleksi baju sempena
lebaran yang bakal menjelma pada Majlis Perkenalan Creacion and
SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall Ampang, Selangor. foto
IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – Kehadiran anak sulung, Siti Aafiyah Khalid jelas
menambah rezeki buat Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan hanya di pentas
seni namun dalam dunia perniagaan.
Ini kerana selepas tamat tempoh berpantang, Siti merasmikan cawangan
kelapan butik Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati
Mall, baru baru ini.
Wanita berusia 39 tahun itu melahirkan rasa puas hati dengan koleksi raya Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza 2018.
Jelas belia, tahun ini boleh dikatakan 80 peratus pembabitan dirinya dalam merealisasikan koleksi ini.
“Saya bersyukur dibantu orang kuat Jakel, Datin Farah Haryani. Ketika
proses koleksi ini dilakukan, saya ketika itu dalam fasa awal
kehamilan. Ada urusan kerja yang saya tak dapat buat termasuk mesyuarat
tapi dipermudahkan dengan bantuan pihaknya.
“Pemilihan cawangan kelapan butik saya di Melawati Mall juga dilihat
sangat strategik kerana ramai pembeli Melayu. Pihak pusat beli belah itu
juga mengutamakan peniaga Melayu untuk memperkembangkan perniagaan
mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik. Sesi
fotografi bersama Datuk Siti Nurhaliza pada Majlis Perkenalan Creacion
and SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mal Ampang, Selangor. foto
IQBAL BASRI
Siti turut menjawab ura-ura mengenai kerjasamanya dengan pihak Jakel
untuk menghasilkan koleksi si kecil menggunakan jenama Aafiyah.
“Hal ini belum ada kata putus lagi. Ia masih dalam perbincangan.
Sememangnya kalau ada anak perempuan, golongan ibu juga mahu mereka
turut bergaya. Bagi saya tak timbul soal nak eksploitasi anak sendiri.
Lagipun baju anak kecil ini cantik dan comel, saya sendiri jadi rambang
mata. Tambah pula kalau ada anak perempuan.
“Ini lebih kepada soal perniagaan yang saya usahakan,” katanya.
Sementara itu, Datin Farah Haryani turut memuji kesungguhan Siti dalam merealisasikan jenama pakaiannya.
“Dia sangat komited dengan jenama pakaiannya sendiri. Jenama ini
sangat dekat dengan dirinya.
Sekalipun ketika proses ini berlangsung
waktu awal kehamilannya dulu, dia tetap bersemangat. Kami juga sentiasa
mengemas kini segala hal dengan membawa pereka fesyen datang ke
rumahnya. Ketika itu Siti akan beri komen dan kritikan.
“Malah menerusi gambar yang dirakamkan pihak saya, Siti pun ada
betulkan dan jahit sendiri baju untuk capai kualiti dan kepuasan
diingini. Pihak kami hanya membantu serba sedikit, selebihnya Siti
sendiri yang berusaha keras,” katanya.
Dengan penambahan cawangan, pihaknya dan Siti juga mengharapkan kenaikan jualan berbanding tahun lalu.
“KIta harap jualan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya 35 peratus dari tahun lalu,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan