THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR : Presiden MyPPP
Tan Sri M.Kayveas hari ini mengumumkan bahawa parti itu secara rasmi
mengakhiri hubungan dengan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa
serta-merta dan bakal bergerak sendiri sebagai parti yang menyokong
kerajaan sedia ada.
Kayveas berkata, keputusan berkenaan dilakukan
selepas menerima surat rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
semalam, yang mengesahkan beliau masih bergelar Presiden MyPPP yang sah.
Jelas
beliau, hal ini sekali gus menamatkan segala dakwaan dan cubaan
pengambilalihan kuasa yang dilakukan beberapa kepemimpinan tertinggi
parti yang membawa kepada pemecatannya bulan lalu.
“Kemelut ini bermula pada 17 April lalu apabila
saya sepatutnya mengumumkan MyPPP keluar daripada BN, namun dihalang
berbuat demikian sekali gus terdapat cubaan pengambilalihan kuasa.
“Justeru, kami tidak akan berganjak dengan
keputusan yang dilakukan pada 17 April itu, malah laman web BN juga
telah memadamkan nama saya sebagai Presiden yang sah, bertentangan
dengan peraturan ROS.
“Maka, hubungan MyPPP dengan BN telah pun
berakhir manakala tujuh kepemimpinan tertinggi parti yang terlibat dalam
cubaan pengambilalihan kuasa itu telah dilucutkan keahlian
serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MyPPP di sini hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan