Jumaat, 18 Mei 2018

Polis tahan lelaki kerana hina Dr M

MALAYSIAKINI

   
Polis hari ini menahan seorang lelaki kerana menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan "penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam".

Suspek turut ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Laman Facebook itu juga menggunakan hashtag #lessonlearn dan #berhemahketikaberbicara dalam hantarannya.

Sementara itu aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath menulis di Twitter menyelar penahanan tersebut.

"Adakah memanggil dengan panggilan diktator dikira jenayah?" katanya.

Penahanan dan laporan polis terhadap mereka yang menghina perdana menteri merupakan perkara biasa semasa pentadbiran BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) berkata laporan polis seumpama itu merupakan perkara remeh dan menafikan hak seseorang untuk mengkritik.

Tiada ulasan: