Selasa, 1 Mei 2018

Polis kenal pasti senjata, peluru kes bunuh Dr Fadi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BAGAN DATUK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek dalam kes pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr Fadi M R Albatsh di ibu negara bulan lalu.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis juga telah mengenal pasti penyewa sebenar motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek serta inap desa yang disewa oleh mereka.
 
"Cuma, kita masih belum menerima laporan terperinci mengenai perkara tersebut, namun sudah memperoleh beberapa bukti baharu antaranya jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh suspek.
 
"Saya berharap pihak Jabatan Siasatan Jenayah meneruskan siasatan dan dapat menjejaki kedua-dua suspek utama dalam kes berkenaan,” katanya.
 
Pada 21 April lalu, Fadi, 35, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak, semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimami solat Subuh, kira-kira pukul 6 pagi.
 
Jenazah mangsa ,yang merupakan pensyarah kanan dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selamat dikebumikan di Gaza, Palestin pada 28 April lalu

Tiada ulasan: