Sabtu, 12 Mei 2018

Perintah larang Najib ke luar negara datang dari PM

Geraldine Tong
 
   
Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak disenarai hitam oleh pihak berkuasa Malaysia, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengesahkan, arahan menyekat perjalanan bekas perdana menteri itu ke luar negara itu datang daripada beliau.

"Memang benar saya melarang Najib meninggalkan negara ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti BERSATU di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai status Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang sepatutnya berangkat ke Indonesi untuk bercuti.

Dalam kenyataannya Najib berkata beliau perlu berehat seketika dan memikirkan langkah yang perlu diambil ekoran kekalahan BN dalam PRU ke-14 pada Rabu lalu.

Kata Dr Mahathir larangan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen itu dibuat kerana pihak berkuasa negara ini sedang menjalankan siasatan.

"Ada banyak aduan terhadapnya (Najib) dan semua itu haru disiasat.

"Jika ada antara aduan itu didapati sah, kerajaan perlu bertindak segera.

"Kerajaan tak mahu terganggu dengan (proses) ekstradisi dari negara luar," katanya.

Tiada ulasan: