Khamis, 10 Mei 2018

Penyokong PH Sabah protes di laluan ke istana

Kumpulan penyokong Warisan dan PH itu mengibarkan bendera dan melaungkan slogan menjelang upacara angkat sumpah Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah.


Kumpulan penyokong pembangkang itu berkumpul di sekitar Dataran Padang Merdeka sambil mengibarkan bendera PKR dan Warisan.


KOTA KINABALU: Sekumpulan penyokong Parti Warisan Sabah (warisan) dan Pakatan Harapan (PH) berkumpul di sekitar Dataran Padang Merdeka, di sini, menjelang upacara angkat sumpah ketua menteri oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman di Istana Negeri Sabah, malam ini.

Dianggarkan kira-kira 300 orang berkumpul sejak 5 petang tadi sambil mengibarkan bendera dan melaungkan slogan “Sabah ubah”, “pencuri undi” dan “hancur BN” yang menarik tumpuan pengguna jalan raya.

Mereka turut memegang kain rentang mengenai isu dihadapi Sabah seperti balak, air, tanah adat dan kad pengenalan palsu.

Keadaan terkawal tanpa sebarang kekecohan berlaku.

Pada masa sama, sepasukan polis mengawal di laluan masuk ke istana bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Tiada ulasan: