Ahad, 20 Mei 2018

Pemuda UMNO Kedah setuju kenyataan KJ

Muhammad Azizul Osman
Shaiful Hazizy Zainol Abidin



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin bersetuju bahawa parti itu perlu memulakan proses pemulihan dengan meletakkan pemimpin yang betul ditempat sepatutnya.

Menurut beliau, Pemuda UMNO Kedah turut bersetuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin yang semua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

“Saya setuju dengan Khairy Jamaluddin, UMNO perlu memulakan proses pemulihan dengan meletakkan pemimpin yang betul ditempat yg sepatutnya, Pemuda UMNO Kedah syorkan agar kesemua jawatan didalam pemilihan yg akan datang dibuka seluas-luasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Khairy berkata, budaya untuk menghentikan pencalonan jawatan tertinggi UMNO dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO, selain punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.

Justeru itu menurut Shaiful, semua ahli UMNO perlu berani berubah bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN).

“Faktor kekalahan pada PRU yan lalu adalah rakyat melihat UMNO ini feudal dan tidak dinamik berbanding dengan Pakatan Harapan yang dilihat lebih bercirikan “TN50” berbanding BN dan UMNO.

“Pemuda UMNO Kedah ingin menyarankan agar Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk mengisi dua jawatan teratas sama ada presiden atau timbalan presiden.

“Tidak timbul soal “nak menjaga hati” pemimpin tertentu tapi lebih kepada hak membina kembali parti daripada kehancuran,” katanya lagi. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: