KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersedia membantu proses peralihan kuasa kepada Tun Dr. Mahathir bagi memastikannya berjalan lancar.
“Baru mengucap tahniah kepada Tun Mahathir (Mohamad) di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-7. Saya sanggup membantu peralihan kuasa yang lancar,” katanya dalam status media sosialnya malam tadi.
Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 dihadapan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara malam tadi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan