Dania Zainuddin, Astro Awani
PUTRAJAYA: Menteri Dalam
Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull untuk membuat
laporan berhubung dakwaan ancaman yang diterima ketika menjalankan
siasatan ke atas syarikat SRC International pada 2015.
Jelasnya, laporan yang dibuat akan membolehkan pihak berkuasa membuka kertas siastan, dan tindakan sewajarnya akan diambil.
“Apa sahaja aduan yang mengancam dan melanggar undang-undang, pihak polis akan buat siasatan bagi mengumpul fakta kes dan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab.

Shukri dalam satu sidang media khas, hari ini telah mendedahkan bahawa dirinya 'hampir mati' ketika menjalankan siasatan mengenai SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya lagi, dia menerima pelbagai ugutan termasuk ancaman bunuh dan pernah menyembunyikan diri di Washington, Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang hadir pada sidang media bersama Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai isu ini.
Jelasnya, perkara ini berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara, namun beliau akan melihat isu ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan