Sabtu, 19 Mei 2018

Ku Nan: Mesyuarat, pemilihan Umno bahagian bermula 30 Jun

 
Setiausaha agung Umno itu berkata, mesyuarat dan pemilihan peringkat cawangan bermula hari ini sehingga 10 Jun ini. 




Tengku Adnan berkata, JPPM bersetuju memberi tempoh lanjutan pemilihan semua peringkat dijalankan selewat-lewatnya 19 April 2019.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bersetuju memberi tempoh lanjutan pemilihan seluruh jawatankuasa, termasuk Majlis Tertinggi Umno dijalankan selewat-lewatnya 19 April 2019.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata JPPM bersetuju memberi tempoh lanjutan itu merujuk Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.

“Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh tidak lebih 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya diadakan, iaitu pada 30 April 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selaras itu, Majlis Tertinggi Umno menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan Umno dan Wanita, Pemuda serta Puteri dimulakan pada hari ini sehingga 10 Jun depan.

Katanya, mesyuarat Umno di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun ini dan semua persidangan ini dijalankan serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Tengku Adnan berkata, Umno menerima kebenaran daripada JPPM yang memaklumkan lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Oktober 2017.

Tiada ulasan: