RAKYAT telah pun
menjalankan tanggungjawab mereka dalam PRU14 lepas dengan memilih
pemimpin mereka. Sekarang tiba tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan
amanah mereka untuk berbakti kepada rakyat.
Demi memastikan amanah rakyat dapat
disempurnakan dan kebajikan mereka dijaga, PAS memohon kepada semua
parti-parti di Kedah supaya menerima cadangan mewujudkan kerajaan
perpaduan (Unity Government).
PAS berpandangan ini bukanlah masa untuk
terus mempertahankan kepentingan parti tertentu semata-mata kerana
kuasa. Rakyat telah memilih dan mereka berharap pilihan mereka dapat
mendahulukan mereka sebelum kepentingan politik.
Konsep UG akan memungkin semua pihak
berperanan dalam mentadbir negeri Kedah tanpa ada pembangkang,
terutamanya dalam situasi Dun tergantung sekarang.
PAS sedia untuk duduk semeja berbincang dengan PH dan BN demi rakyat.HARAKAHDAILY
*Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan