Khamis, 10 Mei 2018

Angkat sumpah PM ditunda

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Istiadat angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh tidak akan berlangsung hari ini.
 
"Bukan hari ini," kata sumber Istana Negara.
 
Terdahulu Dr Mahathir mengumumkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pagi ini, dipetik mstar online.
 
Ia susulan kemenangan dicatatkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
PH memenangi 121 kerusi Parlimen merangkumi 104 PKR, DAP 9 dan Warisan 8.
 
Sejak itu, satu mesej yang menyatakan siaran langsung majlis istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 9.30 pagi Khamis di Istana Negara tular di media sosial.
 
Bagaimanapun mesej itu disahkan sebagai palsu.
 
Pihak media yang berkumpul di luar perkarangan istana turut dimaklumkan bahawa istiadat berkenaan tidak akan berlangsung hari ini.
 
 

Tiada ulasan: