AGENDA DAILY
Alamak...
apa sudah jadi wahai kepada Datuk Zaid Ibrahim mendakwa DAP yang
dianggotainya sejak 12 bulan lalu sebagai sebuah “parti Cina”.
Kenyataan terbaru beliau ini dikatakan selepas gagal mendapat ruang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Parti Cina dalam Pakatan Harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.
“Parti-parti
Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu
dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulisnya di
Twitter.
Zaid yang juga bekas menteri undang-undang adalah
antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis
imej parti Cina yang dilontar pada mereka.
Zaid pun berulang
kali menyatakan komitmen beliau memerangi persepsi tersebut seolah-olah
seperti kesungguhan pihak berkuasa memerangi ideologi songsang.
Sebelum
ini, Zaid pernah menyifatkan dirinya senasib dengan pemimpin veteran
DAP, Dr Tan Seng Giaw yang tidak dicalonkan pada PRU14.
Seng Giaw tidak dicalonkan sebagai ahli parlimen Kepong selepas memegang kerusi itu selama lapan penggal.
“Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan”, jelasnya.
Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon parlimen Teluk Intan.
Guan
Eng berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan
dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam
PRU14 pada 9 Mei ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan