
Strategi DAP menggunakan Penasihat seumur hidup parti itu, Dr Chen Man Hin mengangkat poster ‘bagus’ telah menyemarakkan lagi kempen “Satu Undi PKR = Satu Undi DAP”.
Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP yang bersetuju memggunakan satu simbol, iaitu logo PKR dalam menghadapi PRU 14.
Menurut pengerusi Jawatankuasa Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar DAP sanggup mengorbankan logo ‘Roket’ diganti dengan simbol ‘Mata Lebam Anwar’ bukanlah perkara mudah, kecuali mengimpikan keuntungan politik yang lebih besar.
“Mengikut sumber, Lim Kit Siang telah jelaskan kepada penyokong-penyokong DAP (dari kalangan orang Cina), DAP pakai logo PKR sebab masih ramai orang Melayu taboo dengan logo Roket DAP.
“Oleh itu DAP perlu pakai logo PKR untuk dapatkan sokongan orang Melayu.
“Itu muslihat licik DAP. Maka ingat… satu undi untuk PKR sama dengan satu undi untuk DAP,”katanya dalam Facebook.

Azizi turut mempertikaikan kenapa DAP mengambil keputusan ‘double standard’ iaitu menggunakan logo PKR di Semenanjung Malaysia tetapi mengekalkan logo ‘Roket’ di Sabah dan Sarawak.
“Kenapa DAP guna logo PKR hanya di Semenanjung dan tidak di Sabah dan Sarawak ? Apakah di Sabah dan Sarawak tidak ujud gabungan parti politik bernama ‘Pakatan Harapan’ yang gagal didaftarkan?
“Apakah tiada pembahagian kerusi antara DAP, PKR dan PAN (PPBM tidak masuk senarai kerana pembubaran sementara) di Sabah dan Sarawak? Kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak adalah free for all to contest?
“Bagus strategi DAP bertanding pakai satu logo PKR saja dalam PRU14 … Pakai satu logo yang serupa tidak akan menampakkan monopoli kerusi oleh DAP.
“Jangan sampai diperbodohkan oleh DAP. Jangan tertipu dengan helah mereka. Masalah besar menanti selepas PRU nanti jika ditakdirkan mereka menang …,”katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan