JOHOR BAHRU: Pengumuman calon-calon PPBM Johor yang bertanding pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijadualkan pada malam ini
terpaksa dibatalkan.
Difahamkan mereka masih belum dapat menyelesaikan beberapa perkara termasuk calon yang bakal bertanding.
Pada PRU-14, PPBM akan bertanding di 10 kerusi parlimen dan 18 kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Setiausaha Badan Pimpinan PPBM Johor, Datuk Osman Sapian berkata,
pengumuman itu terpaksa ditunda kerana terdapat beberapa perkara belum
selesai.
“Kami putuskan pengumuman akan dibuat oleh Tun Mahathir di Pagoh pada
19 April ini,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Osman berkata, pada pilihan raya ini, PPBM akan menampilkan empat calon
wanita, dua daripada pemuda, tujuh bekas ahli Umno dan selebihnya muka
baharu dalam politik.
Beliau turut mengesahkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertanding di Parlimen Pagoh dan DUN Gambir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan