KUALA LUMPUR:
PAS tidak mengenepikan tanggungjawab dalam memberi kesamarataan
terhadap semua kaum semasa pemerintahan di Terengganu pada 1999.
“Kita pernah beri geran kepada orang
Cina, India, estet pun ada kita beri kepada mereka,” kata Presiden PAS,
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Perasmian Titi Kuala
Juru di pekarangan Kuala Juru, Pulau Pinang, hari ini yang disiarkan
menerusi laman sosial Facebook.
Beliau menceritakan ada beberapa Kampung Cina dikurung kerana darurat yang berlaku pada zaman pemerintahan Inggeris.
Tambahnya, mereka membesar di situ dan
hanya diberi TOL (Lesen Menduduki Sementara) sementara sepanjang masa
oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu.
Justeru, jelasnya PAS menggalas
tanggungjawab dengan memberi geran untuk membela nasib kaum Cina di situ
pada zaman pemerintahannya sebagai Menteri Besar di Terengganu.
“Semasa memerintah, semua rakyat adalah
rakyat kita. Kita tidak bermain-main dengan mereka bila kita
memerintah,” ujar beliau lagi.
Sehubungan itu, beliau berhara agar rakyat memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah kali ini.
PAS juga dalam masa yang sama memberi
komitmen tidak mengenepikan dalam membela nasib kaum Melayu, Cina dan
India di negara ini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan