ULASAN | Ketua
Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Subromaniam Tholasy,
menjelaskan bahawa kontraktor projek ECRL, China Communications
Construction Company (CCCC) diberikan pelepasan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) oleh kerajaan BN, disebabkan ia berkait dengan
kepentingan awam.
Timbul persoalan khususnya sepanjang yang berkaitan dengan projek-projek yang dilaksanakan oleh kontraktor tempatan dan juga segala bentuk urus niaga yang berkait dengan keperluan seharian rakyat, apakah itu tidak boleh didefinisikan sebagai mempunyai nilai kepentingan awam?

Apakah ini juga bermakna, seluruh syarikat-syarikat
berkaitan dengan negara China yang menjalankan projek-projek
infrasruktur dan aktiviti ekonomi di Malaysia, juga dikecualikan
daripada dikenakan GST?
Secara keseluruhannya terdapat tidak kurang daripada RM312.7 bilion pelaburan syarikat-syarikat China di Malaysia (kalau itu boleh dikatakan sebagai pelaburan), meliputi hampir seluruh negeri di Malaysia, kecuali Selangor dan Pulau Pinang.

Projek-projek yang terbabit, melibatkan Perlis Inland
Port (RM1.7 bilion), Kedah Oil & Petrol (RM86 bilion), Bandar QI
(RM1.2 bilion), Edra Power (RM9.8 bilion), Bandar Malaysia (RM12
bilion), Melaka Gateway (RM30 bilion), Forest City (RM105 bilion), ECRL
(RM55 bilion), Bukit Besi (RM2 bilion), Malaysia-China Kuantan
Industrial Park Sdn Bhd (RM5 bilion) dan Kuantan Port (RM5 bilion).
Bermakna terdapat 11 buah projek mega dikuasai secara
langsung atau pun secara tidak langsung oleh konsortium atau pun
konglomerat China daripada negara China.
Menunjukkan bahawa negara China, melalui konglomerat China sedang melebarkan sayap dominasi ekonomi di Malaysia.
Tindakan strategik China, bukan sahaja untuk mengembangkan pengaruh ekonomi mereka, sebaliknya juga sebagai usaha untuk menyebar luaskan ideologi serta pengaruh ketenteraan mereka.

Hakikat, sekiranya pengecualian GST diberikan kepada
konglomerat China ini, bermakna jutaan ringgit Malaysia telah
dikorbankan semata-mata untuk membantu menjayakan perluasan ekonomi
China di Malaysia.
Sedangkan rakyat Malaysia tanpa mengira status kedudukan sosio ekonomi bergelut untuk dan terpaksa membayar cukai GST.
Pemberian pengecualian cukai GST kepada kontraktor projek ECRL, bermakna negara akan kehilangan sebanyak RM320 juta, berdasarkan nilai pelaburan RM55 bilion, atas kadar cukai GST 6 peratus.
Persaingannya dengan kuasa-kuasa barat
China sedang berusaha untuk menguasai rantau Asia, khususnya Asia Tenggara dalam konteks persaingannya dengan kuasa-kuasa barat, terutamanya Amerika Syarikat.
Pertapakannnya dalam ekonomi Malaysia, merupakan sesuatu yang menjadi objektif strategik China, bagi membolehkan mereka, bukan sahaja menguasai keputusan ekonomi Malaysia, sebaliknya juga, pada jangka panjang, menjadi pendorong yang membuka jalan untuk membolehkan mereka mengawal pola politik Malaysia melalui pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan survival kuasa.

Penglibatan China dalam memperluas pengaruh ekonomi di
Malaysia, mempunyai kaitan dengan tuntutan China ke atas Lautan China
Selatan, kepulauan dan perairan di kawasan sekitarnya, berdasarkan peta
yang diterbitkan oleh negara China pada tahun 1947/1948.
Penguasaan ekonomi China, hakikatnya merupakan perancangan jangka panjang China untuk menguasai sistem sosio-politik negara-negara Asia khususnya dan Malaysia amnya, bagi membolehkan mereka memperluaskan kuasa ketenteraan untuk mendominasi jalur rangkaian laluan Laut China Selatan dan khazanah alam yang terdapat kawasan persekitaran.

DR KAMARUDIN MUSA adalah warga Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan