Isnin, 9 April 2018

BODOH KALAU LAYAN HUJAH TAK CERDIK- HADI


Wartawan Watan Online






“Tuduhan PAS terima duit UMNO adalah hujah kebudak-budakkan. Kita rasa bodoh kalau layan hujah tak cerdik,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, dakwaan yang dibuat Datuk Mahfuz Omar terhadap PAS itu disifatkan tidak masuk akal serta membuang masa untuk dilayan.

“PAS musuh UMNO, bukan ke pelik UMNO bagi duit kepada PAS. Boleh fikir sendiri sebab PAS banyak bertanding di kerusi UMNO pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Tidak munasabah apabila musuh bagi duit kepada kita untuk lawan dia. Sebab itu kita jangan layan hujah tak cerdik macam ini,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Sabtu malam.

Beliau pada sidang media selepas menjadi ahlli panel forum bertajuk ‘Kerajaan Teknokrat:

Penyelesaian Terbaik Untuk Rakyat dan Negara’ anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) di sini, malam tadi.

Panel lain ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, manakala Timbalan DPP, Ir Khairil Nizam Khiruddin sebagai moderator.

Baru- baru ini ketika berceramah di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah Mahfuz Omar mendakwa terdapat tiga pimpinan PAS Terengganu menerima wang daripada UMNO.

Mahfuz mendakwa wang berkenaan sejumlah RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.

Selain itu katanya lagi, sejumlah RM1.5 juta juga telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Tiada ulasan: