Khamis, 8 Februari 2018

Presiden BAM mungkin bertanding di Bandar Tun Razak



Presiden BAM mungkin bertanding di Bandar Tun Razak
Umno mungkin meletakkan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Norza Zakaria sebagai calon di Bandar Tun Razak dalam pertukaran kerusi dengan MCA. – Gambar AFP, 
 
MCA dijangka memberi laluan kepada Umno di Bandar Tun Razak, kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang ditandinginya pada 2008 tetapi tewas kepada PKR, angkara tsunami politik, dan sekali lagi gagal merampasnya semula pada 2013.

Sebagai pertukaran, MCA mungkin bertanding di kerusi Kuantan.

“Umno sudah lama mengintai Bandar Tun Razak sejak 1995 tetapi MCA meletak calonnya, Tan Chai Ho. Tan berjaya mempertahan kerusi itu selama tiga penggal. Jadi Umno tidak boleh meminta kerusi itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Sumber itu berkata jika pertukaran itu dipersetujui, Umno mungkin meletakkan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Norza Zakaria sebagai calonnya.

Kerusi campuran itu tercipta hasil daripada pelaksanaan persempadanan semula tahun lalu.

Sumber itu berkata Kaji selidik Umno menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) ada peluang lebih cerah untuk menang Bandar Tun Razak, berbanding MCA.

Tan menjadi wakil rakyat di Bandar Tun Razak antara 1995 dan 2008 sebelum kalah ketika bertanding melawan bekas menteri besar Selangor Khalid Ibrahim (PKR) pada 2013.

Tan ialah timbalan menteri tenaga, komunikasi dan multimedia antara 1999 dan 2004 dan juga timbalan menteri dalam negeri dari 2004 hingga 2008.
MCA dijangka memberi laluan kepada Umno di Bandar Tun Razak, kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang ditandinginya pada 2008 dan 20133 tetapi tewas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2018.
MCA dijangka memberi laluan kepada Umno di Bandar Tun Razak, 
kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang ditandinginya pada 2008 
dan 20133 tetapi tewas. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
Bulan lalu, Presiden MCA Liow Tiong Lai mengumumkan parti itu bersedia meletakkan Pengerusi MCA Bandar Tun Razak Chew Yin Keen sebagai calonnya. Namun, Liow berkata keputusan akhir akan ditentukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Najib Razak.

Setiausaha Agung Umno yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengecam tentang kekalahan calon pilihan raya BN di Bandar Tun Razak, tahun lalu.

“Bandar Tun Razak merupakan satu kawasan yang saya tidak tahu kenapa BN boleh kalah dua kali (dalam pilihan raya).

“Sebab kawasan ini refleksi Malaysia, sebab Melayu, Cina dan India sama banyak. Walaupun sekarang ini Melayu lebih sikit, saya tak faham kenapa,” katanya.

Dengan 90,993 pengundi berdaftar pada 2013, kawasan itu terdiri daripada 53% Melayu, Cina (37%) dan India (9%).

“Apa salah kerajaan ini? Nak rumah kita bagi rumah, nak jalan raya kita bagi jalan raya, nak sekolah kita bagi sekolah, bas percuma untuk anak-anak ke sekolah tak minta pun kita bagi kerana kerajaan sedar kawan-kawan kita dalam kekangan kehidupan.

“Jadi saya tidak tahu apa lagi kami boleh buat,” katanya yang popular dengan panggilan Ku Nan.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata jika tidak kerana Najib mengarahkannya terus berkhidmat kepada rakyat walaupun mereka tidak mengundi BN, sudah tentu beliau menghentikan khidmat di Bandar Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar juga meminta kepimpinan parti untuk membenarkan parti itu bertanding pada April tahun lalu.

“Untuk hampir 15 tahun, Umno bekerja keras di sini dan sudah tiba masanya Umno bertanding kerusi ini dan saya jamin kita dapat serahkan kerusi Parlimen kepada BN.

“Kami seperti pemain bola sepak yang sudah berlatih bersungguh-sunggu dan di akhirnya tidak dibenarkan ambil bahagian dalam pertandingan besar dan ia membazir,” kata Rizalman dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan Umno bersetuju memulangkan Gelang Patah dan Wangsa Maju kepada MCA susulan parti utama dalam BN itu gagal menawan kedua-dua kerusi itu pada 2013, sementara rundingan berkenaan kerusi Kuantan masih dijalankan.

Fuziah Salleh daripada PKR menewaskan calon BN, Mohamed Suffian Awang dengan majoriti 4,515 undi pada 2013 untuk kekal mempertahankan kerusi itu yang dimenanginya daripada Fu Ah Kiow daripada MCA pada 2008.

Ads by Kiosked



Tiada ulasan: