Oleh SAIDAH HAIRAN
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Negeri
Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan menjangkakan PAS Selangor mampu
mengulangi pencapaian yang lebih baik pada PRU14.
Menurut beliau, PAS Selangor mampu
mencatat keputusan dengan memenangi lebih banyak kerusi Dun dan Parlimen
pada PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.
Terangnya, ada asas PAS Selangor meletakkan calon di 42 kerusi Dun kerana kerusi tersebut majoriti Melayu melebihi 40 peratus.
"Manakala Dun yang majoriti Melayu kurang daripada 40 peratus mungkin akan diletakkan calon daripada DHPP.
"Kita di peringkat Gagasan Sejahtera
bukan sekadar tokoh politik, tetapi kita ada tokoh NGO, tokoh
kemasyarakatan yang berwibawa.
Mereka ini telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan rakyat juga mengiktiraf kehadiran mereka," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan