DETIK DAILY
Parti AMANAH Negara (AMANAH) mahu bantahan kerajaan Malaysia
disegerakan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
agar tidak mengubah kedutaannya ke Baitulmaqdis.
Pengerusi Biro Antarabanganya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, AMANAH turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Trump itu.
“Kami menuntut Kerajaan Malaysia menghantar bantahan keras ke Amerika atas tindakan memindah kedutaannya ke Baitul Maqadis.
“Datuk Najib sering mengumumkan hubungan baik dan istimewa beliau
dengan Donald Trump.Jika benar hubungan tersebut begitu baik, beliau
patut menggunakan hubungan istimewa tersebut untuk mempengaruhi polisi
Trump untuk kebaikan umum umat Islam sedunia.
“Baik dalam isu pengistiharaan pengharaman umat Islam negara tertentu
memasuki Amerika sehingga hasrat Trump memindahkan Kedutaan Amerika
Syarikat ke Baitul Maqadis, Najib membisu seribu bahasa.
“Beliau kelihatan lagi mengutamakan memelihara hubungan peribadi
beliau dengan Trump supaya tidak terjejas daripada menggunakannya untuk
kepentingan umum umat Islam.
“Ini adalah sikap mementingkan diri dan bukan sikap seorang pemimpin
Islam yang berjuang dan berkorban untuk umat Islam sedunia. Adakah ini
sikap seorang pemimpin yang kita boleh berbangga membela Islam atau yang
patut kita ganti?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini juga menegaskan seluruh dunia dan
Malaysia memerhati kelemahan kepimpinan perdana menteri yang dakwanya
amat mendukacitakan.
“Adakah Malaysia mempunyai pendirian dalam isu yang melibatkan salah
satu tempat terpenting untuk dunia dan umat Islam? Adakah Umno yang
sedang mempunyai Mesyuarat Agong membuat pendirian rasmi tentang isu
ini?
“Umno sudah tidak relevan lagi, begitu juga Najib. Dan Malaysia
menjadi makin tidak relevan dan tenggelam terus jauh berbanding pada
zaman Tengku Abdul Rahman yang pernah menerajui OIC dahulu.
“Apakah pendirian Malaysia dalam isu Amerika memindah kedutaannya ke
Baitul Muqadis ? Najib hanya berani boleh menjuarai Islam di Malaysia
sahaja seperti seorang jaguh kampung.
“Dipentas antarabangsa Malaysia sudah tidak lagi relevan dibawah
kepimpinan Najib. Itulah nasib Malaysia hari ini selepas 60 tahun
Merdeka,” ujarnya.
Menurut Raja Bahrin lagi, sejak Trump dilantik Presiden AS beliau
bukan menjadi pendamai ketegangan dan persengketaan di Timur Tengah dan
juga di Asia terutamanya di Korea.
“Hak orang Islam sedunia tercabar dan maruah kami tercalar teruk hari
ini. Baitul Maqadis adalah isu terpenting menyelesaikan isu Rakyat
Palestin dan Islam sedunia.
“Amerika adalah musuh nyata orang Islam dan Palestin dengan tindakan
ini yang kami kutuk sekeras kerasnya. Hari ini mereka mereka yang
memilih menjadi sekutu rapat Amerika adalah musuh umat Islam,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan