Jumaat, 29 September 2017

Penduduk, bomba sesak nafas terhidu gas klorin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MELAKA: Seramai 21 penduduk dan tiga anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu gas klorin di Kampung Tambak Paya, di sini, petang semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lebih 250 penduduk di kawasan berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.
 
Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh tong mengandungi bahan kimia yang dibuang berhampiran kawasan perumahan terbabit.
 
Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.51 petang.
 
Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dan Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.
 
"Sejurus tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 petang, pihak bomba mendapati ada bau yang masih belum dikenal pasti, namun ia memedihkan mata dan tekak.
 
"Semua penduduk di kawasan berhampiran diarah mengosongkan rumah dan kerja pembersihan serta menyahcemar bahan kimia dilakukan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
 
Tinjauan BH di lokasi kejadian setakat jam 10 malam tadi mendapati operasi pembersihan masih dijalankan.
 
 

Tiada ulasan: