shahbudindotcom
Salleh
Said Keruak dilapor membidas segelintir pemimpin pembangkang yang
didapati menggunakan bahasa kesat mencaci penyokong UMNO dan BN.
Beliau
mengambil contoh Mohamad Sabu yang menggelar agamawan yang menyokong
UMNO sebagai berfahaman celaka, Tun Mahathir Mohamad yang menganggap
berdosa mengundi Pas serta BN dan Muhyiddin Yassin yang didakwanya
pernah menggelar jahiliah kepada orang UMNO dan BN.
"Sebagai
pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut
hanya kerana perbezaan dan persaingan dalam politik.
"Cukuplah
sekadar menggariskan hala tuju perjuangan dan mengkritik kelemahan
kerajaan BN," ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Di
sebalik bidasan dan tegurannya kepada pemimpin pembangkang, Salleh
sepatutnya terlebih dahulu melakukan perkara itu kepada Perdana Menteri,
Najib Razak dan kelompok penyokong UMNO serta BN sendiri.
Kiranya
beliau merasakan ungkapan berfahaman celaka oleh Mohamad Sabu, berdosa
mengundi Pas dan BN oleh Tun Mahathir dan jahiliah oleh Muhyiddin
sebagai carutan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh mana-mana pemimpin
politik, Salleh seharusnya sedar perkataan yang pernah dilafazkan oleh
Najib jauh lebih teruk dan tidak patut lagi.
Hanya
Najib yang pernah mengucapkan perkataan haram jadah, bangang dan
bangsat secara terbuka di khalayak umum kepada mereka yang berbeza
pendirian dengannya.
Tidakkah
perkataan haram jadah, bangang dan bangsat itu lebih mencarut dan keji
didengar berbanding fahaman celaka, berdosa dan jahiliah?
Selain
itu, sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh juga nampaknya
kekurangan maklumat berhubung perlakuan sebenar penyokong UMNO dan BN di
media-media sosial.
Jika
beliau meluangkan lebih masa meninjaunya dan bukanlah rahsia lagi akan
didapati bahawa penyokong UMNO dan BN, termasuk mereka yang agak
dikenali ramai, lebih sering menggunakan perkataan kesat, lucah,
mencarut serta maki-hamun yang keterlaluan terhadap penentang-penentang
Najib.
Meskipun
penentang Najib hanya melontarkan kritikan atau bidasan dengan bahasa
yang sopan dan berhemah kepada Najib misalnya, seringkali ia dibalas
dengan serangan yang kasar dan disertai pula dengan gelaran-gelaran
tertentu, terutamanya melibatkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Lebih
dari itu, dalam blog ini sendiri, jelas terbukti siapa yang lebih kerap
melontarkan kata-kata carutan, lucah dan maki hamun itu?
Penyokong UMNO dan BN atau penyokong Pakatan Harapan dan perubahan yang lebih kerap mencarut, kasar dan melucah?
Selalunya
apabila tidak mampu menjawab kritikan dan teguran atau terlalu ingin
mempertahankan kesalahan pemimpin yang pada hakikatnya amat nyata di
sisi Tuhan dan malaikat, jalan mudahnya ialah mereka akan menjawab
dengan cara yang tidak beretika itu.
Seolah-olahnya
dengan mencarut, memaki-hamun dan bersikap kasar itu lebih mulia
daripada mengakui kesalahan pemimpin yang memang diketahui salah itu.
Maka
itu, sebelum Salleh mahu membidas orang lain, beliau sebenarnya lebih
afdal menjeritkan teguran agar berhemah dan tidak mencarut itu ke
telinga Najib dan para penyokong UMNO dan BN terlebih dahulu.
Mereka bukan saja lebih banyak mencarut, bahkan tahap carutannya lebih buruk dan teruk lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan