Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Hasrat DAP yang mahu meletakkan calon mereka dibeberapa
kerusi DUN di Kelantan jelas memberikan isyarat bahawa parti itu tidak
meyakini kemampuan rakan komponen mereka, Amanah.
Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya
mengalu-alukan hasrat DAP itu apatah lagi sebelum ini Penasihatnya, Lim
Kit Siang beriya-iya menamakan calon Menteri Besar sekiranya Pakatan
Harapan (PH) berjaya menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) akan datang.
"Oleh itu saya rasa Wajar sekali DAP meletakkan calonnya di Kelantan.
Macam mana mahu ada Menteri Besar kalau tak ada calon yang bertanding?
"Lebih-lebih lagi dalam suasana yang DAP melihat ketidakmampuan PAN
(Amanah) untuk mendapat sokongan orang Melayu seperti mana kajian
beberapa pihak.
"Kenyataan DAP untuk letak calon di Kelantan jelas menunjukkan
ketidakyakinan mereka kepada PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan
kepada Antarapos.
DAP dijangka meletakkan calon mereka buat julung kalinya dikerusi DUN Kelantan pada PRU14 akan datang.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim
Wan Abdullah mengesahkan wujud permintaan daripada DAP sebelum ini
untuk bertanding dikerusi DUN.
Difahamkan DAP mungkin akan bertanding didua kerusi DUN iaitu Kota Lama, Kota Bharu dan Galas, Gua Musang.
Pada ketika ini kerusi DUN Kota Lama disandang oleh PAS menerusi Datuk
Anuar Tan Abdullah yang berjaya menewaskan calon MCA, Tan Ken Ten,
manakala DUN Galas disandang oleh BN menerusi Abdul Aziz Yusof.
Kota Lama adalah kawasan DUN yang mempunyai pengundi Cina paling ramai,
iaitu satu per tiga daripada kira-kira 30,000 pengundi.
Che Abdullah yang juga ADUN Wakaf Bharu dalam pada itu berkata, jika
DAP mensasarkan kawasan majoriti Cina, parti itu wajar meletakkan calon
dikerusi yang disandangnya kini.
"Kalau alasan yang diberikan kerana ramai pengundi Cina, selepas Kota
lama, Wakaf Bharu merupakan DUN kedua teramai pengundi Cina di Kelantan.
Namun kita yakin pengundi Cina wakaf Bharu, bahkan, Kelantan juga akan
memberi undi kepada PAS kerana mereka yakin dengan kepimpinan PAS yang
selama ini memberikan keadilan kepada mereka.
"Ia dibuktikan bukan saja secara retorik tetapi secara 'real' sepanjang
pentadbiran PAS di negeri Kelantan, baik pada era Tok Guru Nik Aziz
dari tahun 1990 mahupun pada era pentadbiran PAS sebelum ini 1959-1978.
"Orang Cina Kelantan rapat dengan PAS bukan kerana DAP, tetapi mereka
lebih meyakini pemimpin PAS berbanding Umno," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan